Sunday, 27 February 2011

   disediakan untuk : ustaz abd.aziz bin harjin
                                     pensyarah CTU 551                                  
   disediakan oleh : siti aisah bt mamat
   no. matrix   : 2010659212
   kumpulan : BMB2Ac
  program : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran perniagaan                       (Kepujian)  Pengurusan Sumber Manusia
  tarikh hantar ; 28 februari 2010


 ABSTRAK                                              
   Masih kita tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan kesyumulan islam atau sempurnanya Islam yang mencakupi seluruh kehidupan kita. Namun masih ramai di antara kita yang memahami kesyumulan Islam itu dalam konteks  yang sangat kecil dan sempit. Ada juga yang hanya memahami dari sudut maksudnya sahaja tetapi tidak mengetahui gambaran sebenar tentang kesyumulan Islam. Rata-rata daripada masyarakat kita memahami Islam itu dalam konteks RASMI atau ibadah dan akhlak semata-mata seperti solat, membaca doa untuk pembukaan dan penutupan sesuatu majlis, ibadah haji, pakaian dan sebagainya.  Apabila dilaksanakan mereka akan berasa tenteram dan  tenang.  Ada   juga yang melihat agama Islam sebagai akidah yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi dan tidak berkembang mengikut peredaran zaman. Namun sebagai orang yang dilahirkan dalam keadaan islam  harus kita bersyukur kerana diberi ruang dan peluang untuk menikmati  kehidupan sebagai umat islam dan mengenali apa itu islam yang sebenarnya. Bagi saudara baru atau muallaf mereka antara insan pilihan yang bertuah kerana dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengenali apa itu islam yang sebenar-benarnya dan berpeluang menikmati kasih sayang  Allah s.w.t . Erti  muallaf mempunyai pelbagai maksud  dan banyak definisinya. Menurut  Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia  (JAKIM), muallaf bermaksud seseorang yang belum memeluk islam tetapi cenderung dengan islam manakala menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) muallaf  ialah  orang yang dijinakkan hatinya supaya tertarik dengan islam. Pada  pandangan  sekumpulan  ilmuan  Arab  muallaf  bererti tunduk, menyerah, dan pasrah.   Namun berdasarkan  pengertian dalam islam,  muallaf  digunakan  untuk  merujuk  kepada  seseorang   yang  baru memeluk islam yang sebenar-benarnya .
                                        PENDAHULUAN
Assalamualaikum w.b.t
       Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya masih diberi kesempatan  untuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya oleh ustaz Abd. Aziz Harjin tentang tokoh muallaf dan berkongsi kisah mengenai seorang muallaf yang boleh dianggap  sebagai insan pilihan dari Allah s.w.t untuk dijadikan  contoh oleh mereka yang baru mengenali islam dan menjadi ikutan masyarakat bukan islam di luar sana. Pada cuti pertengahan semester yang lepas saya telah berpeluang menemuramah seorang tokoh muallaf di kampung saya. Kisah tentang muallaf ini dapat saya klasifikasikan sebagai satu topik yang sangat menarik untuk dikupas dan  dikongsi bersama-sama. Antara skop yang akan saya bincangkan mengenai muallaf ini, ialah definisi yang pelbagai mengenai muallaf, pandangan ulama mengenai muallaf, bibiliografi muallaf yang telah saya pilih, perjalanan hidup muallaf sebelum bergelar islam, halangan dan cabaran beliau setelah memeluk islam, faktor yang menarik minat tokoh terhadap islam dan pandangan tokoh terhadap mengapa masih ramai golongan yang bukan islam tidak langsung tertarik dengan agama islam. Apa yang saya harapkan melalui penulisan blog saya ini ialah, agar semua pihak dapat membuka mata dan minda untuk berfikir secara lebih meluas tentang perlunya dorongan dan bimbingan yang teguh daripada kita semua kepada golongan muallaf ini, pemikiran seperti  ini  sangat penting dan saya berharap agar syariat islam yang sepatutnya kita agung-agungkan  akan dapat dikembangkan  dengan lebih banyak kita dapat menyaksikan golongan yang bergelar muallaf dari hari ke hari selepas ini.
INSYAALLAH. 
BIBILIOGRAFI TOKOH YANG SAYA PILIH
           
  Nama sebenar beliau ialah Wee Wah Hee , sebelum memeluk islam
beliau beragama kristian. Nama islam beliau ialah Mohd Radzaq Wee bin Abdullah, beliau berumur 32 tahun dan telah  berkahwin dengan Nurul Azian Mohammad  Yahya pada tahun 2005 dan hasil daripada perkahwinan beliau bersama  Azian, belaiu telah dikurniakan dua orang putera yang diberi nama Mohd Syazwan Iqmal bin Mohd  Radzaq Wee ( 5 tahun) dan Mohd Syazmi Iqbal Bin Mohd Radzaq Wee (1 tahun setengah). Beliau memeluk islam ketika berusia 23 tahun iaitu  pada tahun 2002, pada tarikh keramat 12 disember 2002 telah menjadi noktah buat Radzaq sebagai seorang manusia yang beragama kristian. Tarikh itu ternyata menjadi detik yang paling berharga buat diri Radzaq. Pada tarikh tersebut tepat jam 11.24  pagi  kalimah keramat dua kalimah syahadah berjaya  meniti dibibir insan kristian yang bernama Wah Wei Hee. Saat itu airmata kegembiraan dan kesyukuran yang tidak terhingga diatas hidayah yang diberikan oleh  Allah SWT kepadanya mengalir laju. Dan pada saat itu juga jiwa Radzaq berasa teramat tenang dan damai. Perasaan itu tidak dapat  digambarkan dengan kata-kata, biarlah hanya tuhan saja yang tahu betapa tenang dan damainya perasaan Radzaq tika itu. Dua kalimah syahadah itu dilafazkan di hadapan ustaz Idris ridhuan di sebuah masjid di gua musang. Dan detik itu juga disaksikan sendiri oleh  dua sahabat islamnya Mohd Rizal Maliki dan Mohd Kamarul Adam yang selama ini telah banyak memberi galakan dan sokongan kepada Radzaq. Ternyata kegembiraan itu turut  sama dikongsi oleh dua sahabatnya itu. Selesai membaca kalimah syahadah pelukan erat Radzaq terima daripada dua orang sahabatnya itu. Hanya ucapan ucapan Alhamdulillah yang mampu sahabat-sahabatnya ungkapankan. Selepas detik itu bermulalah  kehidupan Radzaq sebagai seorang umat islam yang sejati. Ternyata detik itu sangat bermakna buat diri Radzaq kerana apabila menceritakan detik itu dapat saya lihat kegembiraan yang jelas terpancar pada wajah bapa kepada dua orang anak itu.  Radzaq mendapat pendidikan awal di sekolah rendah jenis kebangsaan cina. Namun akibat rumahnya terlalu jauh dengan sekolah tersebut, ketika berada di darjah 2 beliau dipindahkan di sekolah kebangsaan Fakhri Petra. Menyambung pealajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra 2, dan selepas tamat peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia beliau ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di University Putra Malaysia dalam bidang sains dan matematik.  Dilahirkan pada tanggal 23 april 1979. Mempunyai 5 orang adik beradik, terdiri daripada 3 perempuan dan 2 lelaki, Radzaq merupakan anak kedua dalam keluarga. 2 daripada adik  beradiknya  turut sama mengikut jejak langkah Radzaq  untuk berpaling daripada agama asal mereka iaitu kristian kepada agama islam.  Kakaknya Siti Aisyah Wee binti Abdullah memeluk islam 3  tahun selepas Radzaq dan diikuti oleh adik bongsu Radzaq iaitu Mohammad Adam Wee bin Abdullah 6 bulan kemudian, manakala 2 lagi adik beradik Radzaq masih setia dengan agama asal mereka. Begitu juga dengan ayah radzaq  Wee Jin tong 62 tahun dan ibunya Wee Siang Nee 58 tahun  juga masih beragama kristian. Radzaq sekarang bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bendahara. Beliau sangat disenangi oleh para pelajarnya kerana kebaikannya.





PERJALANAN KEHIDUPAN TOKOH SEBELUM MEMELUK ISLAM
Sejak dari kecil lagi kehidupan Radzaq memang sentiasa terdedah dan berkisarkan dengan kehidupan islam, walaupun sejak kecil lagi Radzaq diasuh dan dididik dengan pendidikan untuk menjadi sebagai seorang manusia yang beragama kristian yang sejati, namun kuasa Allah tiada sesiapa dapat menduga. Sejak berusia empat tahun lagi Radzaq sudah dibawa oleh kedua-dua ibu bapanya pergi ke gereja untuk bersembahyang, walaupun pada ketika itu Radzaq tidak mengetahui apa-apa, hakikatnya ketika pergi ke sana Radzaq sentiasa ponteng untuk bersembahyang dengan keluar bermain di taman permainan yang terletak berdekatan dengan gereja tersebut. Walaupun sentiasa ponteng bersembahyang namun kedua ibu bapa Radzaq tidak pernah sesekali memarahi beliau. Menginjak usia 7 tahun Radzaq dihantar ke sekolah jenis kebangsaan cina, bagi memulakan pendidikan awal namun setahun selepas itu, iaitu ketika Radzaq berada di darjah 2, beliau  terpaksa berpindah ke sekolah kebangsaan tengku faris petra memandangkan sekolah jenis kebangsaan cina tersebut terlalu jauh dari tempat tinggal Radzaq, ketika disekolah inilah Radzaq banyak bergaul dengan kawan-kawan yang berbangsa melayu yang terdiri daripada mereka yang beragama islam memandangkan terlalu jarang pelajar cina di sekolah tersebut. Ketika inilah Radzaq mula mempelajari pendidikan agama islam, pada mulanya pembelajaran matapelajaran tersebut amat membosankan buat Radzaq, namun setelah beberapa tahun timbul minat yang mendalam untuk terus belajar matapelajaran tersebut. Soal jawab antara kawan-kawan Radzaq di dalam kelas bersama ustaz yang mengajar menjadi daya tarikan buat radzaq untuk terus mempelajari matapelajaran tersebut. Tambahan pula cara penyampaian ustaz yang mengajar sangat menarik sehingga pernah beberapa kali markah peperiksaan matapelajaran pendidikan  islam Radzaq menduduki tempat teratas. Ketika berada di tahun 6 terdapat seorang rakan Radzaq yang menyoal ustaznya kenapa kita perlu ,berpuasa dan memandangkan pada waktu itu ustaz tersebut sedang membincangkan tentang rukun islam. Jawapan yang ustaz tersebut berikan sangat menarik hati saya kata Radzaq. Jawapan ustaz tersebut mengapa kita perlu berpuasa ialah kerana bagi mendekatkan diri kita dengan Allah swt dan dengan berpuasa juga dapat mengajar kita untuk lebih bersabar dan merasai bagaimana kesusahan mereka-mereka yang terpaksa berlapar setiap hari. Pada bulan puasa juga kita dapat menemui malam yang cukup istimewa iaitu malam lailatul Qadar. Dalam al Quran disebutkan bahwa lailatul qadar adalah saranan menuju kesempurnaan bagi manusia. Allah  dalam al Quran mengimbau Rasulullah untuk menghabiskan malam lailatul qadar dengan berdoa dan bermunajat serta untuk tetap berjaga. Kerana malam itu adalah malam dilimpahkannya barakah dan rahmat ilahi. Ketenangan malam dan doa akan menghubungkan manusia dengan dunia lain. Allah telah menjelaskan malam Lailatul Qadar kepada umat manusia melalui surat al Qadr. Pada malam itulah, para malaikat diturunkan ke bumi. Disebutkan bahawa malam Lailatul Qadar lebih utama dibandingkan dengan seribu malam lainnya. Dengan memberikan keutamaan pada malam Lailatul Qadar, sesungguhnya Allah telah membuka kesempatan bagi manusia untuk menyempurnakan iman dan amal soleh serta seluruh kekurangan yang mereka miliki. Dengan kata lain, rahsia kebahagiaan manusia, akan diungkap pada malam Lailatul Qadar  di sebalik setiap amal ibadah yang mereka lakukan secara ikhlas. Para ulama Islam tidak meragukan diturunkannya al Quran pada malam Lailatul Qadar dengan bersandarkan pada ayat-ayat al Quran. Selain dalam surat Qadr, ayat ketiga surat Ad Dukhan dan ayat 185 surat al Baqarah juga menyebutkan tentang diturunkannya al Quran pada satu malam bulan Ramadhan. Lailatul Qadar adalah anugerah Allah paling berharga bagi manusia dan sudah sepatutnya pada malam itu, manusia berusaha mendekatkan diri kepada Allah. Antara tujuan lain berpuasa adalah melepaskan manusia dari jeratan kehidupan material dan membawanya pada sesuatu yang bersifat hakiki. Berpuasa pada bulan Ramadhan mengajak manusia mengharungi keindahan spiritual dan merasakan kenikmatan beribadah serta berkomunikasi dengan Allah. Kupasan jawapan kepada persoalan yang dijawab oleh ustaznya menjadikan Radzaq sedikit demi sedikit mula tertarik dengan keindahan agama islam. Namun untuk dia memeluk islam pada masa itu sangat mustahil memandangkan pada ketika itu usianya baru mencecah 12 tahun. Pastinya sangat sukar buat Radzaq memandangkan pada waktu itu kehidupannya banyak bergantung kepada kedua ibu dan bapanya. Jika diusulkan kepada keluarga akan hajat hatinya pasti dia akan dimarahi dan sudah pasti tentangan yang hebat akan diterima. Minat yang mendalam terhadap islam hanya mampu disimpan oleh Radzaq didalam hati. Kerana terlalu minat dengan agama islam pada usia 13 tahun siapa dapat menyangka seorang insan yang beragama kristian mampu menghafal surah al-fatihah dan surah-surah lazim yang lain. Hasrat hati yang membara terus disimpan sehinggalah dia bertemu dengan rakannya Rizal dan Kamarul semasa sama-sama menuntut di universiti. Pada masa itulah diluahkan isi hatinya untuk memeluk islam. 2 sahabatnya itu ternyata sangat terkejut namun amat bersyukur kerana Allah telah membukakan pintu hati Radzaq untuk memeluk islam.





FAKTOR YANG MENDORONG TOKOH UNTUK MEMELUK ISLAM.
Bertanyakan apakah faktor yang mendorong Radzaq untuk memeluk islam, ternyata pelbagai faktor yang menjadikan Radzaq memeluk islam. Antaranya ialah faktor persekitaran, diamana sejak dari kecil lagi Radzaq berkawan dengan orang-orang yang beragama islam, keadaan ini sedikit sebanyak telah menjadikan Radzaq terikut-ikut dengan cara kehidupan mereka yang beragama islam. Peribadi kawan-kawan Radzaq semasa belajar disekolah dan universiti yang menunjukkan contoh yang sangat baik menjadikan radzaq sentiasa tertarik denagn agama islam, malahan dia juga seringkali mengamalkan cara hidup orang islam iaitu pada setiap kali datangnya bulan ramadhan Radzaq akan turut sama berpuasa dengan kawan-kawannya semasa beliau menuntut di universiti. Hasil daripada bacaan Radzaq tentang agama islam melalui buku-buku dan internet juga merupakan faktor yang terdorongnya Radzaq untuk memeluk islam.

ANTARA CABARAN YANG TERPAKSA DILALUI OLEH TOKOH SETELAH BERGELAR ISLAM YANG SEBENARNYA.
Bergelar seorang muallaf (saudara baru) tidak semudah yang disangka oleh Radzaq, ternyata pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuhi oleh Radzaq meskipun terpaksa dibuang oleh keluarga yang dulu banyak membantu Radzaq dalam segala masalah. Keputusan Radzaq untuk memeluk islam mendapat tentangan yang cukup hebat daripada kedua-dua ibu bapa serta keluarganya. Namun, apabila memikirkan hasrat hati yang sudah lama dipendam untuk bergelar muslim yang sejati, walau sepahit hempedu sekalipun tetap jua  akan ditelan oleh Radzaq demi memenuhi impian bergelar umat islam. Meskipun  mendapat tentangan yang cukup hebat daripada kedua ibu dan bapanya, Radzaq masih bersyukur kerana keluarga angkatnya sentiasa berada disisi Radzaq menyokong setiap tindakan yang  Radzaq lakukan. Pada saat itu hanya pada Allah sahaja yang mampu Radzaq berdoa agar suatu hari nanti pintu hati kedua ibu bapa serta keluarganya yang lain terbuka untuk menerima dirinya kembali walaupun telah berlainan agama. Hanya kata-kata semangat daripada kawan-kawan barunyalah yang memberikan kekuatan untuk Radzaq melayari kehidupan. Setelah mengetahui dirinya telah memeluk islam ramai diantara kawan-kawan Radzaq yang dulu menjadi sahabat baiknya mula mengusir Radzaq dan mereka seolah-olah mengangap Radzaq sebagai orang yang gila kerana  berpaling daripada agama asal mereka dengan memeluk islam. Kata-kata penghinaan dan ejekan daripada kawan-kawannya tidak langsung meninggalkan bekas dihatinya. Malah dia sentiasa berdoa agar suatu hari nanti mereka yang mengangapnya gila dengan memeluk islam akan turut sama terbuka pintu hati untuk bersama-sama dengan beliau melayari kehidupan sebagai seorang islam yang sejati. Diawal pengislaman Radzaq dia terpaksa meninggalkan banyak benda yang dilakukan semasa beragama kristian dahulu,  antaranya ialah minum arak pada malam minggu bersama kawan-kawannya, meninggalkan segala benda yang boleh memesongkan akidahnya sebagai umat islam. Meskipun banyak benda yang terpaksa ditinggalkan oleh Radzaq namun hatinya ternayata lebih tenang jika dibandingkan dengan sewaktu dia masih beragama kristian.

APAKAH PANDANGAN TOKOH TERHADAP MENGAPA MASIH RAMAI MEREKA YANG BERAGAMA LAIN TIDAK BERMINAT DENGAN AGAMA ISLAM.
“Salah faham merupakan satu masalah mengapa ramai golongan bukan islam untuk memeluk islam” kata Radzaq memulakan bicara. Salah faham dimana agama itu adalah budaya dan budaya itu adalah agama. Dengan erti kata lain masuk islam itu adalah masuk melayu. Tiada lagi tahun baru china, tiada lagi pakaian tradisional cina, tidak lagi boleh memakan masakan ibu dirumah. Makanan yang menjadi kegemaran mereka sebelum ini juga tidak lagi boleh dimakan. Apa yang merunsingkan juga, adalah ‘islam=budaya’ ini tidak hanya tertakluk kepada budaya melayu, malahan juga budaya arab. Masuk islam, terutamanya bagi kaum wanita bererti mereka tidak lagi boleh bersuka-ria bersama rakan-rakan seperti sebelumnya, dan mereka dituntut untuk hanya duduk dirumah, menjaga anak dan menguruskan hal-hal rumah sahaja. Jikalau keluar rumah sekalipun hanya untuk bekerja atau membeli barang-barang keperluan rumah sahaja. Kekeliruan yang mendalam terhadap agama islam dan ini disebabkan kita (umat islam) itu sendiri yang begitu ‘misteri’ dan sukar mendedahkan selok-belok agama islam kepada golongan bukan islam. Apabila kita menyebut perkataan  ‘islam’  kepada mereka, apa yang terbayang di fikiran mereka hanyalah solat, puasa, hari raya dan mungkin juga fardhu haji. Mereka tidak pernah mengetahui tentang zakat, falsafah di sebalik solat, dan tentang keistimewaan agama islam berbanding agama lain, jauh sekali untuk mereka mendengar kisah-kisah para rasul, terutama sekali kisah nabi junjungan besar kita iaitu nabi Muhammad saw. Apa yang mereka tahu tentang nabi Muhammad saw, hanya sekadar setahun sekali dimana umat islam akan menyambut hari kelahiran baginda saw dengan berarak dan mengadakan ceramah-ceramah berkenaan sirah baginda nabi Muhammad saw. Ini tidak diambil kira lagi dengan hukum-hukum islam yang sering mereka dengari tetapi takut untuk menghadapinya seperti hukum pengharaman riba, pengharaman ke atas babi, arak dan sebagainya. Kata orang tidak kenal maka tidak akan jatuh cinta, tambah Radzaq lagi jika tidak faham pasti akan menjadikan seseorang itu takut untuk menghadapinya.  Aktiviti umat kita sendiri yang masih tidak aktif di dalam gerakan untuk membuka hati golongan mereka yang bukan beragama islam kepada islam. Benar sekali gerakan-gerakan secara kecila-kecilan sudah ada, namun jika kita bandingkan dengan besarnya gerakan para kristian untuk meramaikan kaum agamanya, nescaya kita pasti akan dapati segala usaha kita masih belum mencukupi. Rata-ratanya kita hanya menuggu orang yang bukan islam untuk datang mencari kita dan menunjukan  minat terhadap islam, barulah akan ada segelintir dari kita yang akan bertindak mengambil kesempatan yang ada.

HARAPAN TOKOH PADA MASA AKAN DATANG.
Tiada harapan yang lebih utama buat diri Radzaq melainkan pada suatu hari nanti hati kedua-dua orang tuanya terbuka untuk menerima islam. Siang malam Radzaq sentiasa mendoakan agar suatu hari nanti Allah s.w.t memberikan hidayah kepada kedua-dua ibu bapanya serta keluarganya yang lain. Radzaq juga berharap agar dirinya akan menjadi lebih beriman dan sentiasa mengikut segala suruhan dan meninggalkan segala larangan yang telah ditetapkan di dalam islam. Dia juga berharap suatu hari nanti umat islam lebih bersatu padu dalam apa juga halangan dan cabaran.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, persoalan hinakah seseorang muallaf?  Sudah pasti jawapan kepada persoalan ini adalah tidak sama sekali, malah mereka dianggap sebagai insan yang paling bertuah kerana menjadi pilihan Allah SWT. Berdasarkan daripada  hasil pembacaan saya, saya dapati golongan muallaf sentiasa diangkat pada zaman Rasullah s.a.w. Mereka adalah ahli syurga,  perjuangan mereka ibarat perjalanan yang tidak pernah menemui perhentian  dan malamnya mereka tidak pernah putus berkasih sayang dengan Allah sw.t. Begitu mulianya golongan muallaf pada zaman Rasullah s.a.w  di sisi Allah s.w.t. Hari ini kita adalah generasi muallaf samada yang baru atau yang lama. Apakah ciri-ciri muallaf pada zaman Nabi ada pada muallaf pada hari ini? tepuk dada tanya iman. Menurut Radzaq beliau mahu menjadi seorang muallaf yang boleh dijadikan contoh dan menjadi teladan yang cukup baik kepada golongan muallaf  yang lain. Saya yakin golongan muallaf akan menjadi aset yang sangat berharga kepada islam suatu hari nanti dan akan sentiasa menjadi insan yang sentiasa berada dekat dengan Allah s.w.t yang akan diberikan  ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Muallaf juga merupakan golongan yang sangat bertuah kerana mereka adalah insan pilihan yang diberi peluang dan ruang oleh Allah s.w.t untuk mengenali Islam dengan lebih dekat dan menerima petunjuk dan hidayah Allah s.w.t. Hal ini kerana terlalu banyak pengorbanan dan halangan  yang terpaksa ditempuhi oleh muallaf demi menegakkan agama Allah s.w.t, antaranya ialah terpaksa berhadapan dengan cacian masyarakat sekeliling, tentangan daripada ibu bapa dan keluarga, berusaha memahami islam dan sebagainya.
Setakat ini sahajalah yang dapat saya kongsikan penulisan  ini, mudah-mudahan terdapat manfaatnya dan ia sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk sentiasa menambahkan ilmu  dari masa ke semasa.

YA ALLAH BUKAKANLAH HATI MEREKA YANG SELAMA INI TERTUTUP KEPADA ISLAM TERUTAMANYA MEREKA YANG MAMPU MEMPERKUATKAN AGAMAMU INI.
YA ALLAH LIMPAHILAH BUMI TERCINTA INI DENGAN NIKMAT IMAN DAN BANTULAH KAMI DALAM MENJADI HAMBA YANG TAAT KEPADAMU, HINGGA KAMI SAMA-SAMA MENCAPAI NIKMAT YANG TERBESAR DI DALAM MELIHAT WAJAHMU KELAK.
YA ALLAH LERAIKANLAH KEKUSUTAN DAN KEKELIRUAN YANG ADA DALAM DIRI KAMI TENTANG SYARIATMU, PERKUKUHKANLAH HATI KAMI DI DALAM BERIMAN DENGANNYA DAN BERAMAL DENGANNYA. TIADA SEBARANG UNDANG-UNDANG YANG LEBIH BAIK DARI SYARIATMU DAN IZINKANLAH KAMI SEMUA UNTUK MEYEDARINYA DENGAN LEBIH MENDALAM.
AMIN.
SEKIAN...WASSALAM.